Syurga India

Syurga India

Jika mahu bercerita tentang percutian, sudah tentu setiap insan ada kisah dan keseronokkan yang tersendiri. Sesebuah destinasi pilihan pasti ada keunikkannya yang menjadikan percutiaan itu sebagai pengalaman yang indah. Tidak kalah juga buat diri ini, di mana pada 22 haribulan November 2019 yang lalu, saya sekeluarga memilih KASHMIR, INDIA sebagai destinasi untuk di lawati tahun ini

Memang benar, pada mulanya perasaan risau dan gusar itu bercampur baur apabila mengetahui pergolakkan yang berlaku di atara dua daerah, iaitu India dan Kashmir. Tetapi atas dasar kepercayaan kami terhadap agensi percutian pilihan ini, meyakinkan lagi bahawa keselamatan kami akan terjamin. Hal ini kerana, pihak agensi tidak pernah lekang mengemaskini status keadaan di sana
..
Tiba lah hari yang di nanti-nantikan oleh kami sekeluarga, penerbangan ke New Delhi, India – jam 1830, 22/11/2019 yang berlepas di KLIA2. Perjalanan kami mengambil masa 5jam 20minit di udara dan setibanya di sana, kami bermalam seharian di hotel berdekatan sebelum penerbangan yang kedua untuk ke Kashmir pada esok harinya. Penerbangan kali ini hanya mengambil masa 2jam perjalanan
..
Setibanya di ruang udara Kashmir India, saya begitu teruja dengan pemandangan gunung Himalaya yang penuh di litupi salji putih. Satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan. Memang benarlah apabila orang sering berkata,jauh pemandangan luas pandangan. Keadaan Kashmir pada ketika ini sangat getir dan ketat dari segi sekuritinya, kiri dan kanan jalan penuh dengan askar pengawasan serta setiap bahagian akan ada kastam untuk penyemakan bagasi. Keadaan ini hanya di sempadan sahaja, apabila masuknya kami di bandar Dal Lake, hanya segelintir askar yang kelihatan. Walaupun begitu, rakyat Kashmir ini sangat ramah dan murah dengan senyuman. Ucapan salam tidak pernah lupa di ucapkan setiap kali bertentang mata

..
Kami di sambut baik oleh tour guide di Kashmir yang bernama Hassan. Orangnya kecil dan berbadan tegap, kelihatan muda dari usianya. Di bawanya kami ke rumah penginapan yang sangat di kenali ramai terutama buat penduduk tempatan – Meena Houseboat πŸ˜€. Rumah ini lah yang menjadi tempat kami berehat dan berlindung selama 5 hari 4 malam kami berada di Kashmir. Jangan terkejut jika saya katakan, rumah kami berada di atas air. Untuk sampai ke rumah ini, kami perlu menaiki Shikara atau di kenali sebagai sampan kecil yang penuh di hiasi dengan bunga dan ukiran pada setiap dinding sampan. Satu lagi keunikkan negara kecil ini yang telah menawan hati kami sekeluarga

..
Bukan itu sahaja, rumah bot kami juga di hiasi bak istana India purba. Kecantikkan setiap sisi rumah mewujudkan lagi perasaan seperti Maharaja dan Maharani di tambah pula dengan haruman kasturinya yang membuat kami berasa tenang. Sebelum beristirehat, kami sekeluarga di hidangkan dengan makanan tradisi Kashmir yang sangat lazat πŸ˜€. Kami sekeluarga makan dengan berseleranya hee~. Selesai solat, kami sekeluarga melawat taman bunga berdekatan yang di beri nama Mughal Garden. Sangat terkenal dengan bunga tulip pelbagai warna yang mengelilingi pokok Chinar. Memang satu destinasi terbaik untuk pecinta gambar

..
Hari kami diteruskan dengan melawat gunung Gulmarg, atau lebih di kenali sebagai tempat tumpuan utama bagi peminat Ski, hal ini kerana gunung nya yang landai sesuai untuk aktiviti lasak tersebut. Di Gulmarg ini terbahagi kepada dua fasa, fasa 1 adalah buat kawasan ATV ride dan fasa kedua di fokuskan pada Ski-ing. Untuk ke setiap fasa perlu menaiki gondola atau lebih di kenali sebagai cable car. Saat cemas bermula apabila gondola kami terhenti secara mengejut untuk seketika dek kerana pergerakan angin yang sangat kuat. Fuhh~ Masa ni memang tak fikir apa dah, fikir nak cepat sampai sahaja 🀭. Mana taknya, keadaan kami di dalam gondola tersebut bergoyang seakan-akan kami di rocky chair. Suhu di Gulmarg pada ketika ini mencecah negative 5 celcius. Memang teramat sejuk, dan pemandangan pokok hijau kesemuanya di litupi salji tebal

..
Ke esokkan harinya, kami meneruskan perjalanan ke gunung Sonamarg dan Pahalgam. Hahh, kalau nak tahu.. Filem Bhaijan Bajrangi yang di lakonkan oleh Salman Khan bertempat di sini. Pada saat itu, mula lah kami sekeluarga mengimbau kembali bibit2 jalan cerita Bhaijan Bajrangi. Hehehe. Peminat tegar hindustan, begini lah πŸ™ˆ. Apa yang saya nak cuba sampaikan, memang indah sungguh Sonamarg ini, air sungainya sejernih batu permata biru. Terlalu indah sehinggakan sepanjang perjalanan kami ke atas bukit di penuhi dengan rasa kagum. Cuma nasib kami sekeluarga tidak seberapa baik untuk melakukan aktiviti menunggang kuda memandangkan ketebalan salji yang mencecah 5inch beserta jalan yang licin. Aktiviti kami yang asalnya di tunda. Walaupun begitu, kami sekeluarga pulang ke houseboat dengan satu lagi kenangan indah 😊
..
Sehari sebelum kami menaiki penerbangan pulang ke New Delhi, India.. Kami di bawa oleh tour guide untuk membeli belah di kedai bot yang terletak di pinggiran Dal Lake. Harganya cukup murah berbanding harga di kedai dan juga proses tawar menawar boleh di lakukan. Kami sekeluarga memborong dress punjab dan pashmina. Setibanya kami di India, dengan hati yang girang.. Yelaa~ dah membeli sakan hehehe
..
Di India, kami menetap selama 4 hari untuk melawat tempat-tempat bersejarah di sini. Taj Mahal, di bina sebagai tanda cinta Shah Jahan buat Mumtaz Mahal. Percintaan Shah Jahan yang terlalu mendalam buat isterinya, Mumtaz Mahal terlalu indah sehinggakan bangunan ini menjadi sebahagian 7 Wonders of The World πŸ’•. Seterusnya kami melawati, Amber Palace di mana kebijaksanaan Raja Rajashtan ini sangat terserlah sejak abadnya. Bayangkan, beratus tahun dahulu kediaman raja ini sudah tersedia dengan fungsi Air Conditioner. Bukan itu sahaja, istana ini juga terkenal dengan dewan cerminnya yang sangat cantik, seakan-akan kerlipan bintang di siang hari. MasyaAllah, bijak sungguh raja ini. Tidak lupa juga Hawa Mahal yang bertempat di Pink City. Di kawasan ini, semuanya serba pink kerana kebanyakkan bangunan mereka di bina dengan pasir merah. Hawa Mahal terkenal dengan 953 tingkap kecil yang di bina seperti bentuk sarang tebuan untuk Maharani dan anak gadisnya melihat rakyat jelata pada pesta tahunan. Hal ini kerana, pada zaman dahulu Maharani dan anak gadisnya tidak di benarkan bersua muka bersama rakyat
..
Dalam erti kata pendek, negara India mungkin kelihatan miskin dari segi ekonomi dan cartanya, tetapi keindahan dan keunikkan negara ini terlalu menyerlah. Pasti meninggalkan kesan indah bagi setiap pelancong yang pernah ke sini. Oleh itu, saya akhiri coretan percutian kami sekeluarga ke India dan Kashmir pada 22 November yang lepas. Semoga dengan perkongsiaan ini, dapat memberi serba sedikit gambaran tentang kecantikan negara ini
..
Terima kasih juga pada @flyklia yang telah menganjurkan peraduan sebegini rupa agar dapat kita semua berkongsi cerita. Selamat berhujung minggu 😁

Facebook Comments

Written by Queenkhalis

Mumsy to an adventurous princess