Wisata ke Bandung yuk!

Bandung kota yang penuh dengan pemandangan!
Sebaik sahaja tiba di bandara (lapangan terbang dalam bahasa indon) perasaan teruja pasti akan ada.
Tapi, apa yang boleh anda lakukan 3H2M di Bandung??? Mari lihat “itinerary” yang saya sediakan π
Day 1
- Touchdown π¬
- Farm House Lembang
πRp25,000/pax (x2=MYR20)


Dengan tiket masuk, anda boleh “redeem” air percuma tau. Boleh pilih susu asli, coklat atau strawberi. Menarik kan?
- Check-in
π©Hotel Dafam Rio Rp929,000
(MYR270 3-nights stay+πbreakfast) via Booking.com
- Floating Marketπ½

Anda boleh jalan-jalan tenangkan minda dan cuci mata disini. Pemandangan sekitar tasik sambil menikmati makanan tradisi masyarakat setempat. Dijual dengan cara yang amat menarik, dimana lagi kalau bukan di dalam perahu yang terapung ini!
Tiket masuk juga boleh “redeem” air panas. Apa kata anda cuba sate arnab ataupun orang disana bilang sate kelinchi

- Alun-alun Bandungπ
Disini adalah tempat rekreasi masyarakat setempat. Waktu petang santai sambil beriadah bersama teman dan ahli keluarga. Boleh merapatkan silaturahim juga.
Day 2
- Dago Dreampark
πRp20,000/pax (x2=MYR13)

Tempat pelancongan ini menawarkan pemandangan hijau jauh dari kesibukan kota. Datang ke sini jangan lupa pakai pakaian yang sesuai, jangan pakai heels ya π
nota: simpan juga tiket masuk, boleh “redeem” keychain atau sticker (buat oleh-oleh π)
- πKawah Putih CiwideyπRp70,000/pax (x2=MYR 40)
- πStrawberry Gardens πRp10,000/pax (x2=MYR 6)

- π±Perkebunan Teh Ciwidey π

- Cibaduyut/Pasar Baruπ
Day 3
- π°Trans Studio πRp180,000/pax (x2=RM102) with F&B set for 2pax (via Traveloka Attraction & Activities)

Seperti taman tema indoor yang lain, terdapat banyak acara menarik. Pastikan beli tiket awal supaya boleh terus access pintu masuk hehe
- Trans Studio Mallπ½
- Kartika Sari & Bandung Makutaπ°π« (Boleh beli oleh-oleh enak disini. Takkan ada yang sepertinya, dan pasti akan merindui kesedapan brownies dan kek disini π)
Sampai sini sahaja dulu. Mungkin selepas berakhirnya pandemik ini, kita semua dapat melancong dan meluaskan pemandangan lagi. Mudahan π€²πΌπ